Sudah hampir 2 minggu aku sendiri, selepas perhubungan aku dgn Zairil putus di tgh jalan aku masih lagi terasa kecewa dan terluka. Hanya waktu sahaja yang boleh merawat luka ini..
Teringat antara perbualan aku dgn shida sehari lepas kejadian yang mengecewakan dan kemalangan itu berlaku.
" Aku tak sangka Zairil mcm tu. Cara dia mcm dia syg sngt dgn kau.Tapi bila mintak putus alasan dia mmg tak boleh nak pakai" Shida luahkan rasa tidak puas hatinya. Aku disebelah hanya diam dan menangis.
" Dahla kau ni, jgn menangis lagi laa. Kalau ko menangis pon bukan Zairil nak kat kau pon. Lupakan je laki tak guna tu. Entah2 dia dah ade perempuan lain kot" Shida beri kata2 nasihat serta mengutuk perbuatan Zairil
" Tapi aku syngkan dia, 4 tahun shida aku ngan dia. Last2 habis mcm tu je hubungan kami." Aku menjawab dgn nada sendu
" Dah la Ari, aku sedih kalau kau mcm ni. Aku kan ada teman kau." Shida cuba pujuk aku.Tapi aku hanya menangis di bahu shida
" Ala dunia tak berakhir lagi, kau still ada aku, mak ayah kau.Ape kata kau cuti and than blik kg, tenang2 pikiran kau tu" Shida menberikan cadangan kepadaku
Aku hanya mengangguk tanda setuju. Btol kata shida, aku kene tinggal KL dan mencari ketenangan di kampung
* * *
" Assalammualaikum" Satu suara mengejutkan lamunan aku. Aku menoleh kearah suara itu, lelaki ini seperti aku kenal tapi di mana ya. Aku berfikir sendiri
" Tak ingt lgi ke? sy Asyraff, lelaki yg langgar awk last week?" Lelaki itu seakan tau kekeliruan aku di saat itu.
" Oh, ye sy dah ingt..What are u doing here?" aku bertanya kembali. Takkan tak keje kot, baru pukul 3.30 ptg. Dia hanya tersenyum
" Sy sj jalan2, and you?" dia bertanya kembali
" Sy tdi jumpa client but last minit cancel, so malas nk blik ofis just stay here" jawab ku, dia sudah melabuhkan punggung disebelah aku, tanpa di pelawa. Tak malu
Tiba-tiba aku terpandang pasangan kekasih yang nampak bahagia di satu tempat di taman KLCC ini. Dan aku cukup kenal lelaki itu, Zairil. Rasa geram dan marah membara dlam hatiku dgn rasa marah teramat aku melangkah kearah pasangan itu. Asyraff terkejut dgn tindakan aku tp tak menghalang hanya memerhati gerakku
" Haii, so sweet. Bahagia nampak" Aku menyapa Zairil smbil tersenyum sinis. Zairil terkejut melihat aku.
" So selama hubungan dgn i, mmg u takda masa depan la? But dgn girl ni masa depan u cerah laa ye. Ok thanks ye. And u girl, berhati2 lah dgn laki2 mcm ni. Semoga bahagia kahir hayat" Panjang jela aku berkata-kata smpai Zairil sendiri tak dapat menjawabnya dan perempuan sebelahnya kaku dgn tindakan aku. Aku terus berlalu. Arrghhhh geramnya!!
" Arissa!!" Sape pulak memanggil aku ni. aku dah laa tgh marah. Aku menoleh kebelakang. Aku lihat Asyraff tgh mengejarku.
" Kenapa ni?" Asyraff hairan melihat airmataku di pipi
Aku hanya diam, smbil dduk diikuti Asyraff
" Smpai hati dia, dia kata hubungan sy dgn dia selama 4 tahun ni hanya buang masa. Tpi rupanya dia dh ada perempuan lain" Aku menceritakan nasibku tanpa di suruh oleh Asyraff.
" Dah la awk, sekurang2nya awk tau dia bahagia dan awk juga dpat berjumpa dgn dia walaupon dia da ade perempuan lain. Tapi kalau dia dah takda, awk dah tak boleh jumpa dia lagi dah. Tu lagi memedihkan bukan?" Tutur Asyraff. Aku melihat wajahnya, sma seperti pertama kali aku jumpa dia seminggu lepas. Air mata aku tiba2 berhenti bila mendengar ayat yg keluar dari mulut Asyraff
" Maksud awk?" Tnya aku
" Sepatutnya, minggu lepas masa kejadian sy melanggar awk adalah tarikh nikah sy" Jwb Asyraff. Aku ternganga, btol ke ape aku dngr ni? Maknanya skrg ni dia adlh suami org dan skrg ni aku tgh ddk berdua dgn suami org?? Adoii kalau nampak bini dia mau kene serang aku, dah laa tadi aku baru pas serang Zairil. Belum sempat aku bersuara Asraff meneruskan ceritanya yang tergantung tadi.
" Acctually, seminggu sebelom pernikahan sy dgn Munira, Munira accident dan meninggal di tempat kejadian. Masa tu dia nak pegi ambil baju nikah kami, sepattnya sy kene temankan dia tapi waktu sy busy sngt tak dapat temankan dia. Kali terakhir sy dngr suara dia lepas dia collect bju nikah kami dia kol sy bgtau yg bju dah dpat. Suara dia masa tu sngt ceria dan gembira. Tapi setengah lepas tu sy dpat panggilan yg dia accident dan dah takda." Asyraff berenti disitu. Diam seketika aku lihat dia meraup wajahnya, mukanya aku nmpk sngt sedih sekali dan nmpk tersiksa merindu.
" Sy tak percaya dgn ape yg terjadi, sy pergi hospital dan lihat tubuh kaku munira. Buat kali terakhir sy lihat wajahnya seperti tido. Selepas itu, sy seperti hilang arah. Kalau sy temankn dia ptg tu pasti kami dah bernikah dan bahagia skrg. Sy sngt2 merindukan dia. Walau camne sy rindukan dia, sy ttap tak boleh tatap wajahnya. Sbb Munira sudah kembali pada penciptanya." Kata-kata Asyraff berhenti di situ, pipinya sudah dibasahi airmata. Kehilangan org yang kita syg mmg memedihkan. Apabila org yg kita syg, memutuskan hubungan mmg menyakitkan, Tapi apabila org yg kita syg pergi buat selama2nya sngt menyedihkan. Aku dapat rasakan penderitaan Asyraff. Cuma yang membezakan kami, aku kehilangan org yg aku syg tapi aku tau yg dia bahagia walaupon bukan dgn aku. Tapi Asyraff kehilangan org yg dia syg buat selama2nya dan takkan kembali lagi.
" Sy spechless lepas dngr cerita awk ni. Sngt menyedihkan. Tapi kalau sy nak suruh awk bersabar, pasti sudah ramai yng mengucapkannya. Kita as a manusia mmg akan merancang tapi ALLAH jua yang maha menentukan. Mungkin apa yg terjadi ada hikmah disebaliknya kan? cuma kita sja tak tau." Panjang pula kata2 aku terhadap Asyraf. Aku memandangnya smbil tersenyum
" Ape pon hidup kene teruskan bukan?" Aku menyambung lagi. Dia hanya mengangguk smbil tersenyum. Aku lihat wajahnya seperti ada semangat baru muncul dan semangat itu jua hadir dijiwa aku tatkala ini.
P/s:: Ok, ni smbungan yg semalam..Aku pon turut menangis time tulis cita ni..Konon2 menjiwai laa....kih kih kih..
Friday, January 7, 2011
CINTA (iii)
Posted by A J U at 9:26 AM 0 comments
Thursday, January 6, 2011
CINTA (ii)
" Riss, saya rasa kita dah tak sesuai utk bersama lagi" suara zairil memecah kesunyian di mlm itu..Aku terkejut, btl ke ape yg aku dengarkn ni??Tak mungkin zairil mau berjumpa dgn aku arini semata2 ingin minta hubungan yg terbina 4 tahun ni terlerai begitu sahaja.
"Ril, ape u cakapkn ni????u tak syg ke dgn hubungan kita ni, bukan skejap u tapi dah 4 tahun, kenapa baru skrg u cakap kita tak sesuai???" Aku merintih dan airmataku sedaya upaya aku menahan agar tidak jatuh.
" Ape slah i, Ril??" aku bertnya lagi
" U tak slah ape2 Ris, just i nak kejar impian i dulu. I rasa i dah rugi 4 tahun dah" Zairil meluahkan rasa dia.
" What!!!" aku menjerit. dan airmataku tumpah utk kesekian kalinya.
" So u rasa hubungan kiat selama 4 tahun ni membuat u rugi dalam hidup n masa depan u tak terkejar laa, so selama 4 tahun ni u hanya buang masa laa?!!Nonsense!!!" Aku terdiam seketika..Tak guna!! bentakku dalam hati. Aku memandang ke arah Zairil.
" Ok Fine, i tak nak jadi penghalang u utk kejar cita2 u, pergilah dan capaila cita2 u tu.." Itulah kata2 terakhir aku utk Zairil dan aku terus berlalu pergi bawa hati yg dah berkecai dan segala harapan dan impian musnah 1 per satu..
* * *
Dengan rasa yang teramat kecewa dan terluka, aku berjalan sorang2 kat Bukit BIntang, mencari kekuatan diri..Tetiba aku rasa aku tergolek2 diatas jln raya, aku cuba bangun tapi kaki dan tnganku skit sngt, kepala aku juga kepeningan.
" cik, cik tak apa2?" aku memandang kearah suara yg agak cemas, seorg laki2 dtg ke arah aku..
Aku menangis kesakitan, bukan menangis kerana hati aku kecewa malah luka dikaki dan tanganku membuatkan aku terus melalak kuat.
" Awk ingt sy ni anak ayam ke, suka2 je langgar saya..Sy tau laa sy bru lepas putus cinta tapi tak de laa sy nk bunuh diri..Sakit tau tak!!!" Aku menjerit seperti org hesteria..TAk guna!!
" Maaf kan sy, sy bawak awk pegi klinik ye" kata lelaki itu smbil memapah aku kearah motornya
" what?naik moto ke??" tnyaku kepada lelaki itu
" Haah, sy langgar awk dgn motor tadi, naik lah sy anta awk g klinik" Jawab lelaki itu.
Nak tak nak aku terpaksa naik, kesakitan kaki dan tngn ku di tahap yg maksima skrg ni. Tapi nasib baik laa dia langgar aku dgn motor, kalau kereta??? Mau koma aku.Smpai idi klinik, doktor terus cuci luka aku..Nasib baik tak da patah ape2..
Kuar dari bilik doktor, lelaki itu terus menerpa kearah aku
" awk ok, semuanya dh ok??" Tnyanya cemas mcm bini bru lepas bersalin.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum
" Sy hantar awk blik eh?" Lelaki itu offer utk menghntr aku blik.
" Tak payah laa, terima kasih.Sy suruh kwn sy jemput je. Dgn Skit2 ni cam ne sy nak naik moto awk tu" Jawab ku menolak, aku bukan sombong tapi sngt tak biasa ok naik motor dgn laki2 yang tak dikenali.mne tau dia ade niat tak baik ke kan.. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Aku terus menelefon shida, suruh ambil aku kat klinik. Shida sngt terkejut dan cemas bila dngr aku accident. Aku dduk di kerusi klinik tu sambil terpikirkn ape laa malangnya nasib aku ni. Dah laa baru lepas putus cinta, kene langgar pulak tu. Lamunanku terhenti bila lelaki tu memberikan plastik ubat kepadaku..
" Awk dah byarkn ke??berape sy byr blik" tnya ku smbil mencri2 purse dalam beg aku
" Tak payahla, sy yng langgar awk.Sy yg kene bertanggungjwb. Jadi duit ubt biar sy yg byr"
Jawab lelaki itu, baik laa pulak..Aku hnya tersenyum
" Awk dah telepon kwn awk??" tnya lelaki itu
" Dah, kejap lg dia smpai laa.Awk blik la dulu, sy boleh tunggu sendiri"
" Takpelah sy temankan awk smpai kawan awk smpai. By the way, sy Asyraff" Dia memperkenalkan diri
" Thanks.. Sy Arissa." aku mls nk bercerita ape2 lg. Sku seperti hilang daya dan semangat lepas ape semua terjdi. Suasana sepi seketika.
" Maaf ye awk, sy langgar awk tadi" Asyraff bersuara memeccah sepi diantara kami
" its ok, mayb sy pon tak berhati2 masa melintas tadi" Aku tersenyum smbil memndang kearah wajahnya. Tapi kenapa wajah itu suram sedih dan nampk seperti tertekan?? Tension keje barangkali, telahan ku sendiri. Suasana menjdi sepi kembali, masing2 melayan perasaan masing2. Dan shida pon smpai di klinik itu. Aku terus masuk kedlam kete shida setelah mengucapkan terima kasih kepada Asyraff.
Seperti biasa, dalam kereta aku dihujani dgn pelbagai soalan dari shida, mcm polis pencen.
Aku pon bercerita dari A smpai Z dgn ape yg terjadi pada aku arini. Shida terkejut dan tak sangka Zairil begitu senang utk memutuskan hubungan kami. Aku seperti tiada rasa, aku dah penat menangis, aku rasa nk berseorangan seketika..
P/s: ni sambungan cerpen aku yg aritu punya. peace no war
Posted by A J U at 9:23 AM 0 comments
Sunday, December 26, 2010
HAPPY BIRTHDAY AZZU..
26 December 1986, 24 tahun yg lepas aku dilahirkan....Arini 26 December 2010, aku dah pon 24 tahun...Ermmmmm cepatnya masa berlalu, tak sngka aku dah mencecah 24 tahun..Rasanya cam baru semlm aku kuar dari perot mak aku...
Ape pon,
HOPE AZZU SENTIASA CUTE...
CUTE SOKMO...ngeeeee
p/s:: Utg gak lahir akhir tahun ni, sbb sentiasa muda nmpk muda n muda sokmo....WEeeeeeee
Posted by A J U at 8:58 AM 0 comments
Wednesday, December 22, 2010
Tips Memikat Laki-laki
Yeah!!! sure entry aku kali ni semua akan suka especially gegurl....Gegurl yg lom ada pakwe ke, atau pon yg dah ade pakwe ke or yg dah berkawin kiranya utk semua status wanita-wanita di luar sana lah k ....
Aku tak tau laa benda ni berkesan atau tak tapi kalau kita berusaha dgn ikhlas insyaallah pasti membuahkan hasil..Make sure jgn gune bomoh2 ni, takkn berkekalan beb.. sementara je kalau gune cara kotor ni.... ;)
Di bawah ni ade 16 tips utk memikat hati laki-laki :
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 ) Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
2 ) Berwatakan menarik (Persenaliti yang mampu mengugat hatinya).
3) Jujur dan sentiasa merendah diri.
4) Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
5) Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (terpulang kepada individu).
6) Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
7) Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
8) Jangan terlalu mengongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Lelaki juga perlu wanita yang pandai berdikari. Tetapi jika dia sudi menolong apa salahnya. Tetapi jangan memaksa dan selalu sehingga menyusahkan si dia.
9) Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
10) Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
11) Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
12) Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
13) Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
14) Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
15) Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
16) Jangan sesekali memperbandingkan dia dengan sesiapa sahaja. Lelaki cukup pantang dalam hal ini!
Ok ni adalah tips2 nya, tapi yg 16 tu bg aku yg pasti semua org pon tak suka dibandingkan ngan sape2 je kan...
So gegurl2 diluar sne ape lagi try laaa ini tipss, utg2 yg xde pakwe akan jadi ade pakwe, yg dah ada pakwe, tunang, n suami moga2 hubungan tu akan rapat n hot serta berkekalan hingga akhirnya.. Bukan utk menjdi yg sempurna ataupon mencari yg sempurna cuma kita berusaha utk lakukan yg terbaik yg semampu yg mungkin....:))
Kredit to En pakwe, thanks sbb bg email ni kat Cik makwe.. wink wink wink.... ;))
p/s:: sharing is caring....
Posted by A J U at 11:32 AM 0 comments
Monday, December 20, 2010
opis boy o o o opis boy..
Okeh ini entry bengang k....Huh pagi2 aku dah bengang..~ sigh~ -_-
Kadang2 aku rasa bengang ngan opis boy aku ni, bnyk sngt rungutannya banyk sngt blur nya..Dah tentu la ko opis boy, dah tentu gak laa ko kene buat keje luar opis..Yang kau nk bnyk merungut kenapa..Cuba laa buat semua keje tu ngan baik, asik nk pk benda lain je..Aku buknnya nk jdi boss nk arahkan ko buat mcm2 tapi dah mmg keje ko, ko kene laa buat..
PAstu lg 1 aku tak berkenan ngan opis boy ni, bila org ckap ngan dia, dia buat bodoh je..Cuba laa pandang org yg tgh berckp ngan ko tu...cm xde rasa hormat laa...biasalaa org suruh ko buat itu ini, sbb dah mmg keje ko...Adoooiiiii....
Kalau rasa x suka keje opis boy, cari laa keje yg dok mengadap pc 24 hour...lg ko panas bontot sbb tak dapat kuar g mne2...hmmmm ape daaaa....
Adoii sakit bahu aku marah2 ni...Ntah laa lantak p laa masing2..Tetiba rasa bosan lak ngan semuanya...hahahah..tak pe laa anggap laa luahan rasa terhadap seekor tenuk yg mmg tak punya perasaan...hahahaha
p/s: ape laa aku merepek pagi2 buta ni...
Posted by A J U at 10:09 AM 0 comments
Monday, December 13, 2010
Sila Jawab Soklan Yg Diberi...
Twink twink..text msg...Bunyik tu tanda msg msuk kat hp aku....membe aku bg msg kat aku
Aku pon read laa..N msg tu berbunyi cam ni
" Aju, aku takutlaa..."
Hati aku berkira2 nk reply ke tak, 5 minit berpk aku pon reply..and soklan nya sngt laa simple n tak lari pada tajuk asal...
" Kau takutkan ape??"
Camni laa bunyinya msg yg aku reply utk membe aku ..
Dan tak sampai 5 minit, aku dapat feed back blik..dgn rasa yg berdebar n ingin tau sngt2 ape yg dia takutkan..Aku pon read laaa msg aku..
" Aku sedih laaa "...
Camni laa bunyi msg yg aku beriya2 nk read tu..
Tetiba aku terpk, aku tnyakn apa tadi eh..dan aku trus bkk sent msg aku nk bce blik msg yg aku anta kan..dan soklan yg aku berikan sikitpon xde perkataan sedih..hrmmmmmmm aku mengeluh panjang...ni kalau aku reply blik n tnya 'kenapa kau sedih?'...pasti jawapannya 'aku takutlaa'...tak ke cam harammm je...trus mood aku down....so dgn rasa yg bengang n menyampah aku xde r nak reply...Aku bukan xnak layan atau xnk dgr setiap permasalahan membe2 aku, aku nk dgr walaupon aku x dpat nk tolong mayb leh ringankan beban dieorg...tapi aku ni jenis yg suka street to the point kalau aku tak paham ke aku akan tnye bnyak benda supaya aku paham n aku tak salah paham ngan masalh membe2 aku...
So kalau nak cita pon cite street to the point jgn buat aku terpk2 ape yg cuba korang nak katakan, tapi cita sebenar xde r berbelit2 sngt.. Kalau nak kongc masalh ngan aku, aku mmg no prob coz bila kita menceritakan masalah kita kat seseorng, segala ape yg korang pendamkan akan rasa ringan sikitt...
Tapi sila laa jawab soklan ape yg aku tnyakan.. Pada aku tak bengang jadi bengang.. Pada aku nk jdi seseorg yg prihatin trus aku rasa tawar hati nk dngr masalah org...Yes! i'm not a good listener but i'm try to be....tapi jgn laa buat aku terpk2 ape yg cuba korang luahkan...kalau nk luah kan cita dari A to Z...Supaya aku cepat pahamm...dgn situation reply mereply msg seperti diatas buat aku bengang n terus nyampah nak tau ape masalh membe aku ni...
Dan aku adalah cita kat encik Pakwe, dia cakap mayb membe aku tu tak bersedia nak citakan masalah dia kat aku...Yes mayb itu adalah satu2 reason dia...tapi aku terpk blik diakan slalu cita masalh dia kat aku, kenapa mesti still ade rasa teragak2 tu..Kalau rasa tak bersedia nak meluahkan masalah simpan dulu masalah tu n bila dah ready utk cerita ngan aku haaaa cita smpai lebam...Masa tu akan aku spendkan masa aku 24 hour utk ko..
Sila laa jawab soklan yg diberikan, kalau ko mengadap exam pon kita jwb soklan yg diberikan dan jgn kuar dri tajuk soklan tu...Dulu masa aku skola, cekgu2 slalu berpesan jgn lari dari soklan dan pahamkn soklan sebelom mnjawab nnt takut jawapan yg diberikan lari dari soklan dan seterusnya akan dapat 0 mark...sme laa ngan situasi aku ni, sila laa jawab soklan yg aku berikan supaya aku tak bengang n nafsu aku utk dgr luahan masalah ko dah xde...so dapat laa ko 0 mark..hak hak hak....
Slalu soklan yg aku berikan cukup simple n cukup laa pendek, jadi sila lah jawb..xkira laa ko nk jawab pendek ke panjng menjela2 ke aku akan ttap bca tapi pliss laaa jawapan yg diberikan mesti kene mengena ngan soklan yg di berikan..Takkn laa aku nk kene ulang blik soklan yg aku berikan dan jgn laa suruh aku ni cepat paham ngan masalah korang..Aku ni mmg lambat pikap, dlm bhasa pendeknya LAMPI...Kang kalau aku tak tnya kang, aku paham2 sendiri masalah korang n dah aku pk bukan2 kang lagi payah..aku ni mmg suka pk bukan2 pon...ha ha ha....
So just stori wif me, ape yg ko rasa ape yg ko serabutkan...kalau aku termampu nk tolong aku tolong..kalau aku bnyk idea utk bg nasihat2 yag agak berguna aku bg..dan terpulang pada korng nk ikot ke tak...Jgn rumitkan kehidupan kita ni, ignore perkara yg memberatkn pikiran n make a life simple... ;)
p/s: kalau nk cerita masalah ngan aku cita laa, xpyh segan2..xde nya aku nk hebohkan masalah korang tu kat 1 dunia ni....
Posted by A J U at 10:02 AM 0 comments
Thursday, December 9, 2010
Dah Masuk December...
Ok ni 1st entry aku untuk bulan dec nih, lupa kan skejap smbungan cerpen aku, sbb i dont have any idea for a time being..so harap bersabar..ahaksss...Dah masuk december 2010 dah...tinggal lagi beberapa hari nak melangkah ke 2011...ok cepat sungguh masa berlalu...aku pon dah semakin tua umo pon dah banyak...
Dan di saat ini ramai laa yg akan dok terpk ape azam utk tahun baru dan azam utk tahun 2010 dah tercapai ke belom...tapii bg aku, azam utk tahun bru aku tgh berjalan utk laksanakan..Azam aku start masa 7 december lagi bersamaan 1 muhharam 1432 hijrah..Skrg aku ngah laksanakan sikit2...Apa azam aku utk tahun bru nih????tak payah laa tau kalau aku war2 kan pon takut tak terbuat malu jer...so apa azam aku biar aku sorang je tau..kalau diizinkan umur aku panjang hope aku dapat laksanakan dgn sebaik dan sesucces mungkin smpai laa ke ujung tahun.
Aku suka dgn bulan december...Why????coz 26 december adalah besday aku..setengah org tak suka ckap pasal besday sbb bg dia tarikh lahir tu adlh menjdikan mereka tua...Tak bg aku, mmg aku mkin lame mkin tua..Tapi aku ttap gembira bila dapt smbut besday aku sbb dgn tarikh itu aku dapat melihat dunia smpai ke harini....Aku tunggu2 besday aku tu bukan sbb aku nk tuntut hadiah kat semua org, aku x mintak tu semua..Sbb kalau u all nak bg aku hadiah xpyh tggu besday aku bg bile2 pon bleh..aku terima je..huhuhu...
Tetiba, aku dapat offer utk keje tempat lain..dan tetiba feeling aku utk accept kerja tu tak teruja langsung..Aku pon tak tau why??aku keje cni pon asik kene buli jer dgn boss..huhu..kadang2 mmg rasa tension but aku terpk kalau aku terima keje kat tempat baru tak semestinya aku tak kene bulikan..???..Mmg laa kita kene pk +ve, tpi dlm masa yg sme kita kene menilai yg -ve nye gak kan???Bak kata kawan aku, kalau gov yg offer for sure laa aku tak teragak2 nak resign n terima je offer tu...Kalau company swasta dah tentu laa kene pk 12345 kali..hehehe...But now, aku dah buat decisionnya, dan biar laa aku je yg tau..ahakss..:))
Dan, bulan 12 ni adalh cuti skolah, dan ramai laa org yg memilih bulan ini utk menamatkan zaman bujang, duda dan janda..Sampai kan dioerg berebut2 tarikh utk hari bersejarah itu...hehehe...bulan 12 je aku dapat 2 3 4 undangan n same date ...adooiii camne laa aku nk g nih...kalo badan aku ni leh belah 5 6 7 akan aku hadiri semua nya...hik hik hik...tapi tu lah kan, tak semestinya kau tak dtg sbb aku sombong..just keadaan masa dan tempat buatkn aku x dapat hadiri setiap undangan...Kalau undangan majlis yg aku x dapat dtg jgn kecik hati k..Aku ttap doakn korang semua bahagia di smping yg tercinta dan jodoh kekal hingga akhir hayat kamu semua...amiinnnn...
p/s::Cepat nya masa berlalu...Hope dgn tahun baru kita semua tak alpha n x gentar utk hadapinya.....;))
Posted by A J U at 10:32 AM 0 comments