
Alamak aku dah terlepas tarikh... Mcam mana nih....Bersalah aku rasa...
Acctually dalam sedar tak sedar blog aku ni dah berusia 1 tahun dah..
Blog aku lahir pada 07.05.2010...
To my Blog i wish u happy birthday ke setahun.. Mcam2 aku tulis kat blog aku nih.. Tapi walaupon dah setahun tapi blog aku mmg tak popular..Ada Aku kesah????
Tetiba rasa kejap je kan dah setahun..Mcam tak caya plak dah setahun aku mencarut2 kat dalam blog nih...Takda idea nak tulis lagi cukup laa smpai disini sja...Sekian...
HAPPY BIRTHDAY MY BLOG......................
Wednesday, May 11, 2011
07.MAY
Posted by A J U at 9:16 AM 0 comments
Monday, May 9, 2011
UNTUKMU IBU..
Oh ibu ...
Kau disiram bayu pagi..
Kehilangan terasa kini dan kesepian ..
Dan aku bagai purnama gerhana..
Diibarat lautan kering..
Tiada tempat ku layarkan..
Hasratku ini masih belum sempat kubuktikannya..
Padamu ibu tersayang kucurahkan rasa hati..
Ku tatapi potretmu berulang kali..
Ku renungkan kalimah yang diberi..
Tuhan yang esa ampuni dosa ibu..
Tempatkan mereka diantara kekasih-kekasihmu..
Oh Ibu kau kasih sejati ..
Kutaburkan doa untukmu ibu..
Ampunilah dosaku sejak ku dilahirkan ..
Hingga akhir hayatku..
Disaat ini ku teruskan hidup ..
Tanpa bersamamu ibu..
Ibu...
Kini aku hilang tempat mengadu..
Oh ibu damailah engkau disana..
Ku taburi doa mewangi..
Hadiah dari anakmu..
Ibu.............
Posted by A J U at 3:06 PM 0 comments
Labels: H
Entah apa-apa.....
Kadang2 aku rasa bosan sngt.. Bila aku bertindak ikot kepala aku org lain tak puas hati, bila aku ikot kata org, kepala aku ni dipijak2.. Aku rasa aku dah tak memaksa org, aku dah tak marah2 secara panas baran, aku dah tak sibuk2 hal org dah, apa kau nak buat kau buat lah, hal kau bukan hal aku pon.. Kalau org pon tak prnh kisah hal aku dan buat aku ni serupa smpah what for aku ambil kisah cerita kau.. Kau nak aku jadi cam tu ke.. Buat deeerrk je ngan diri kau.. Aku tak mintak perhatian yg melampau macam dulu dah, tapi kau seolah2 nak buang aku dlm hidup kau...BUsyyaaannnn....
Semalam hari Ibu, i wish happy mother's day.. Aku rindu gile kat mak aku..Rasa syahduu sngt2 bila perasaan rinduu tu dtg..Lagi syahdu bila dngr lagu mamat exist UNTUKMU iBU..Bila tgh sedih2 tu aku nak pujuk diri aku, aku cakap laa, kalau aku ada mak mungkin aku tak boleh layan mak aku sebaik2nya seperti mana aku angan2kan..Mmg kita syg sngt kat mak kita sbb dekat dialah kita akan curahkan rasa, sedih kita..Tapi sebagai manusia kita takkn hargai ape yg ada depan mata kita.. Jadi bila mak takda depan mata aku , aku boleh angan2 kan yg aku akan layan mak aku sebaik2nya..Syang dia lebih dari segala2nya..Tapi andaikan mak aku ada skrg ni , mungkin apa yg aku angan2kan takkan terlaksana..Sbb aku sebagai manusia akan cepat hanyut dan akan mudah melupai ape yg pernah dijanjikan mungkin juga aku tak menghargai mak aku..
Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya, ALLAH itu takkn menganiaya umat2nya dgn setiap ujian yg diberi.. Kalau ada sesuatu yg buruk menimpa kita pasti ada hikmah yg terbaik akan dtg..
Mungkin aku kehilangan org yg sebahagian dari hidup aku adalah sbb ALLAH mahu aku terus menghargai ape yg aku ada..Jgn bg terlepas dgn setiap kurniakan ALLAH...
Jadi semoga, mak aku sentiasa berbahagia disana..SEsiapa yg masih punyai mak dan ayah sygilah mereka hargai lah mereka. Bila kita dah kehilangannya kita pasti akan merindukan mereka.. Sbb mereka takda gantiannya...
Posted by A J U at 12:29 PM 0 comments
Friday, April 22, 2011
Kenangan Dolu - Dolu...
Malam tadi aku tido ngan kaka aku. Punya laa dah lama tak tido sama2 mlm tdi dia dtg bilik, katanya bilik dia panas bilik aku sejuk..ngeee..Sampai pukul 2 lebih baru kami tido.. Mengimbas kembali zaman skolah kiteorg.. Best wooo..rasa cam nak putar balik masa ke zaman skolah dulu..
Masa aku form 2, alang aku form 5. kebetulan plak kami punye blok kelas sama je yg beza alang aku tingkat atas skali aku paling bawah skali..So kami selalu sngt berjumpa smpai kawan2 alang aku knl aku nih..Femes i ok time form 2 dikalangan senior. Kau ada????ha ha ha
Aku ingt dulu mne2 aku pegi, asal terserempak je ngan membe2 alang aku a.k.a senior2 pasti mereka akan terjerit2 menyapa aku.
'hai adik kak long, nak g mana tu??'
Auuwwww rasa hot sngt time tu okeh...So membe2 alang aku ni panggil dia kak long kat skolah..tak tau laa nape..ngeeee..Dieorg semua tak tau nama aku mula2, bila panggil just panggil aku aku 'adik kak long' melekat ok nama tu kat dieorg..Smpai laa dioerg tau nama aku, asal nmpak aku je terdengar laa lagu Jamal Abdillah AZURA tuu...malu ok time tu rasa nk letak muka ni dalam kain je, tapi sebenarnya sukeeeeeeeeeeeeee......ngeeeeee
Bila diimbas kembali mmg best sngt, gelak tak hengat malam tadi...Aku jugak still ingt nama2 dieorg ngan rupe dieorg..Wuuuuuuu tang laki2 semua ko ingt eh azzu...
Bila imbas2 kembali cita tahun 2000 tuu dan bandingkan yg skrg mereka semua dah berkahwin..Kecewa maak..-_-"
Dalam ramai2 kawan alang aku tu, aku suka ngan abg IZAJA, nama dia pon dah best..Tpi bukan suke smpai angau2 ngan dia ok, tapi because suara dia yg ala2 romantik gitu then dgn cara dia treat ppuan. Dan dia jugak nakal2 baik ok, semua gurl nak dekat ngan dia sbb dia famous atlet+pengawas laa katakan..Tapi aku taaaaakkkk okeh..hak hak hak..Dan antara membe2 alang aku yg nakal2 dan suka mengusik tu, abg IZAJA ni jugak laa dah kawin dulu..hehe..Sungguh tak sngka, sbb cara dia ala2 romeo time skolah dulu..
Bila ingt time skolah, time form 2 laa best giler..Sbb time tu laa aku feeling2 hot + famous..kah kah kah...Pastu aku ingt lagi time raya membe2 alang aku ni dtg umah, segerombolan diorg dtg, penuh moto depan umah aku..Terkejut berok aku time tu, sib baik tak bertukar jadi beruk je..Masa tu pulak aku ingtkan alang aku ni takda g beraya.Padahal dia sodap2 membuta kat dlam bilik..
' eh adik kak long, kak long ada umah??' cara2 abg anip menyapa aku
' lor nape nak dtg tak cakap, kak long takda rumah laa, dia g beraya' selamba aku menjawab dgn tak da perasaan bersalah.Dgn muka kecewa abg anip n abg Izaja mereka pon memblahkan diri mereka..Dah semua balik, aku masuk laa bilik punye laa cuak aku tgk alang aku tgk membuta.Cet cian kawn2 dia penat2 dtg kene halau kat aku...wakakaka
Bila kenang kembali, semuanya best time skolah2 dulu..Lepas alang aku abes skolah, aku pon dah tak hot dah, suam2 kuku pon jauh dari aku...Dingin sjer..hak hak hak..Tpi WHO CARES..
Yang lepas jadikan kenangan yg terindah biarpon pahit, tapi hadapi yg akan dtg dgn penuh keredhaan.....^_^"
Peace no war...
Posted by A J U at 10:26 AM 1 comments
Friday, April 8, 2011
TAK FAHAM BAHASA BETOL...
Huh !!!!!!! Geramm aku dibuatnya.. Kenapa laa still ada org tak paham bahasakan.. Dah org tak berminat n tak nak tak payh laa nak paksa2.. Tak paham ke aku ni dah ada BF.. Dah terang2 kan Fb tu haaa ' IN A RELATIONSHIP' siap ada gmbr Bf aku skali..Kenapa mesti ada istilah
Amat menjengkelkan ok ayat ni..belom ape2 kau dah mendoakan benda yga bukan2 kat org lain. Ape perasaan kau bila org lain mendoakan yg tak baik2 kat kau.
Aku siap berterus terang yg aku tak suka nak berkawan dgn dia and jgn ganggu aku, tapii dia still mengganggu aku... Aku rasa aku sound dia guna bahasa melayu dia nak aku guna bahasa inggeris ke baru dia paham???...
Ataupon sbb aku ni juga seorg yg tak paham bahasa jadi org sekeliling aku pon tak paham bahasa gak ke??? -_-"
haa ha ha ha
Kadang2 rasa menyampah sangt2 nak je aku jerit kat muka org tu cakap stupid bodoh bagero!!! Tolong laaa membela nasib aku yg seringkali teraniaya ni... ha ha ha... Oh lupa org yg comel mmg selalu teraniaya..>_<
Kalau dah berkawan tak semestinya kene kuar sama2 atau kene bg no telepon kan..Aku pon bukan nak cri pakwe lagi, cukup laa ada sorang je pakwe aku.
Lagi satu aku kurang berkenan btol laa kalau ada org suruh aku kol dia.. WTH!! kalau ko yg punye cerita , kau yg nak cerita kat aku ko laa kene telepon aku bukan ko suruh aku telepon ko..
Ape ke pandai benar laa ..
Kalau aku ni ade hot story ke cold story yg nak di kongsikan aku yg akan cri org dan memaksa org tu mendengar cerita aku. sbb cerita aku ni sngt laa boring thats why laa aku yg paksa org dngr cerita aku...wakakaka..
Ingat aku ni banyk sangt duit nak menopup ke sbb nk telpon kau punye pasal..Ceh!! Kalau ko tau plak nk berjimat cermat, abes aku ni tak berjimat laa..alahaiii
Posted by A J U at 10:56 AM 1 comments
Wednesday, March 30, 2011
Blog saya mmg tak hOt tapi CooL
Tau sbb ape blog ni tak HOT??? sbb blog ni tak da gambar api sbb tu tak hot...
Tapi sangat CooL sbb sy baru tukar pamplet.Dan pamplet ni sngt laaaa CooL..hehehehe
Saya sngt suka kan pamplet iniiiiii.....
Yeeeehhhaaaaawwww!!!!!!!!!!!!!!!!!
Posted by A J U at 3:14 PM 1 comments
Thursday, March 24, 2011
KENAPA WANITA MENGALIRKAN AIRMATA???
Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.
Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.
Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim
Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.
Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.
Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.
‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.
Wallahu'alam........
Kredit to Cik Myvi Putih, Aku ambik dari fB dia..Sbb aku sngt tertarik dgn cerita ini...
Kepada lelaki2 diluar sna, haruslaa anda ingt mengalirnya airmata seorg wanita itu bukan laaa kerana dia lemah mahupon minta simpati anda tetapi mengalirnya airmata itu adalah kerana wanita itu sedang meluahkan segala rasa apa yg ada didlm dadanya, deritanya juga segala masalahnya..
Juga, jika seorg wanita itu mengalirkan airmatanya bukan kerana dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan utk terus tabah mencintai lelaki itu..
Jgn laa terlalu mengambil mudah bila seorg wanita itu mengalirkan airmatanya...-_-"
Posted by A J U at 9:56 AM 0 comments