BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 2, 2010

Antara FERARRI, EVO10 DAN KELISA...

Selamat pagi semua...
Selamat pagi Malaysia....
Harini dah masuk 02 November...Tarikh semlm ttp takkn berulang lagi yg muncul adalh tarikh baru , jd kenangan ttp berlalu pergi dan takkan berpatah lag yg ade hanyalah hari ini dan yg akan dtg...
So takmau sedih2 sbb yg sedih tu dah berlalu yg ade skrg hanyalah kegembiraan (ayat nk sedapkan hati)..ahakss..Teringt kate2 bos aku yg dulu, kalau kita KUAT semangat segala2nya akn seiring dgn kita....ayat motivasi tu beb...huhuhu
Pagi ni ade lgi org yg mempertikaikan kekalahan n9 also sbb aku pakai logo n9...Aku x sure mamat/minah ni org kelantan atau tak..
Nmpknya kekalahan n9 memberi impak besar kepada semua org even org tu anti ngan n9..hahaha..Aku x sedih n9 kalah tapi merasa bangga ...bukan nk sedapkan hati tp mmg aku rasa cukup bangga...
Tapi bukan pasal piala malaysia aku nk citakan..aku nak korang baca 1 cita klakar, bg aku klakar laa kan xtau laa korang cm ne lak kan..
Kredit to cik Myra Munira sbb die telah meleleh air liur sbb tgk keenakan dan kegebuan cheese kek aku..ngeeeeee
Ok sebelom aku terus merepek aku bg laa korang baca cita klakar tu eh...seperti dibawah ini yer...


>>> Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo10.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo10 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa biru tengah cucuk angin evo10 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"
<<<<

hahahaha.....kete kelisa yg enjin 1.0 tu leh nak kejar ferrari ngn evo10..tak tercapai dek akal langsung...hak hak hak Apepon hope korang enjoy wif cita lawak ni.. Sbb asik2 entry aku ni kisah sedih jer, smpai ade membe meleleh air mata so aku buat laa entry kelakar supaya sume x tacing bile baca entry aku..heheheeh Jadi pada pg2 ni senyum2 laa supaya rezeki senang masuk n sentiasa nmpk muda... Kredit to En Pakwe sbb sent email yg klakar ini kepada Cik makwe...Sent laa banyk2 lagi k..weeee

p/s:: beli laa kereta buatan malaysia ini kerana ia juga boleh menyaingi ferrari n Evo10....:))