BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 30, 2011

Blog saya mmg tak hOt tapi CooL




Tau sbb ape blog ni tak HOT??? sbb blog ni tak da gambar api sbb tu tak hot...

Tapi sangat CooL sbb sy baru tukar pamplet.Dan pamplet ni sngt laaaa CooL..hehehehe

Saya sngt suka kan pamplet iniiiiii.....

Yeeeehhhaaaaawwww!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 24, 2011

KENAPA WANITA MENGALIRKAN AIRMATA???

Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.

Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya

Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.

Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim

Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.

Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?

Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.

‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)

Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.

Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.

Wallahu'alam........



Kredit to Cik Myvi Putih, Aku ambik dari fB dia..Sbb aku sngt tertarik dgn cerita ini...

Kepada lelaki2 diluar sna, haruslaa anda ingt mengalirnya airmata seorg wanita itu bukan laaa kerana dia lemah mahupon minta simpati anda tetapi mengalirnya airmata itu adalah kerana wanita itu sedang meluahkan segala rasa apa yg ada didlm dadanya, deritanya juga segala masalahnya..

Juga, jika seorg wanita itu mengalirkan airmatanya bukan kerana dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan utk terus tabah mencintai lelaki itu..

Jgn laa terlalu mengambil mudah bila seorg wanita itu mengalirkan airmatanya...-_-"


Thursday, March 17, 2011

KERETAPI KERETAPI..

Ini adalah cite semlam, waktu : lepas balik keje tempat : dalam train. Uish macam mission impossible lakkan..hehehe..Citanya cenggini, Once Upon A time eh tetiba lak..
Aku dalam train nak balik ke umah la ni, keadaan dlm train semalm adlah agak sesak sbb ada train delay, so kalo kat KL ni mmg pantang kalo train rosak alamatnya mmg laa akan penuh train selalunya train dah lalu 2 3 kali pon still penuh gak lagi2 time waktu kemuncak sebelah pgi mahupon petang, berduyun2 laa manusia kat stesen train tu.

So nak dijadikan cerita, selepas aku dgn rela hati melepaskn train yg berlalu pergi begitu shj dan kedatangan train yg ketiga aku pon dpat la naik dan agak penuh laa juga. Dah tu bercampur laki n ppuan lak tu. STAR tak sama cam KOMUTER ada coach utk wanita shj, so kene laa berhimpit2 ngan laki2 jugak...

Ok berbalik pada ape yg aku nk cita, dah dapat naik train cam biasa aku kene laa berdiri, dlm 5 minit pastu aku terperasan yg seorg ppuan mengandung berdiri, dia tak de laa sebelah aku tapi dekat gak laa. Dan dia btol2 berdiri depan tmpt ddk tapi tmpt ddk tu ada org ddk. Aku pon pndang laa tmpt ddk yg btol2 akak mengandung tu berdiri, lelaki yg agak2 dalm umo 50 thun ok laa tu bole consider laa cam agak dah tua, tpi cam ne pon di ttp laki2 lebih kuat dri wanita, apatah lagi dgn wanita mengandung yg bawah budak dlm perutnya, dah laa perut akak mengandung tu dah agak besar for sure laa beratkan. Oklaa anggp laa laki2 tu lagi memerlukan tmpt ddk itu dari wanita mengandung tu dan aku pon pandang sebelah kiri laki2 tua tu adalh seorang wanita muda yg sihat walafiat kalo berdiri takkn pengsan laa. Boleh je dia buat bodoh tak bg akak mengandung tu ddk ... Emmmm aku pon tak tau ape masalah dia taknk bg ddk kat akak mengandung tu, cian akak tu aku tgk dgn bwk perot memboyot tu lagi dgn berdiri lagi.. Tak sensitif dgn persekitaran langsung 2 org manusia tu. Agak panas hati gak laa aku semlm. Takkn laa xde rasa kesian, dah tentu laa tmpt ddk tu khas utk org yg lebih memerlukan..
Ape perasaan kalau kau mengandung tapi org buat dunno je taknk bg ko ddk, sure ko rasa sedih kan. Tolong laa jgn pentg kan diri, dah tentu laa akak tu terang2 perot dia memboyot.

Akhirnya dapat gak akak tu ddk, cian aku tgk muka akak tu. pas dapat ddk muka dia lega jer..Ye ar dah laa bawak perut yg besar pastu kene berdiri lak tu. Aku yg tak mengndung ni pon dpat rasa tersiksa tak dpat ddk dgn bawak budak dalam perut tu dgn keadaan train yg agak penuh tambh plak train yg kejap berenti mengejut tu..

P/s:: tolong laa kawan2 prihatin ngan org yg lebih memrlukan

Friday, March 4, 2011

TAK BOLEH BLAH!!!!

Huwwwaaaaaaarrggghhhhhhh!!!!!!!!!!!! Tension btol semenjak dua menjak nih... Dgn perangai bos yg sngt2 cerewet dari hari ke hari...
Dgn org yg terlalu pntgkan diri sekeliling aku nih... Eeeeeeeeeeeee rasa nak pegi kat sorang2 pastu nak tampa muka masing2 laju2, bru puas hati aku...
Ingt aku takda keje lain ke layan perangai kau yg cerewet memanjang, dah tentu laa setiap bulan benda tu ko dapat by faks then mmg laa dia bg tanpa letterhead ko dah keje kat cni pon dh setahun, baru skrg laaa ko nak mintak yg ada letterhead laaa yg original laa.... Deyy!!!!!!!!!!! kalo ko nak original buat laa sendiri, mangkuk jamban btol laa.... BOleh tak ko tak pyh nak nyusahkan org, benda tu bukannya tak valid kalo dihantar by faks or takde letterhead pon, yg ko nak tgk figure je bukan kau nak tgk letterhead pon..Eeeeeee blaja tinggi2 bodoh melantun2...Geraaammmmmm sungguh hati aku, apesal masa ko mula2 ko dtg keje cni kau takde plak nk request yg benda tu ko nak letterhead laaa nak yg original laaa...Ape kau ingt semua org nak tipu kau ke??? Kalau semua org nak tipu kau mmg tak dapat laa Syarikat ni lama kat cni laaa.. Kalau tak caya sngt dgn org kat cni, ko import org2 kau then keje ngan kau takpon tak pyh bukak company kat cni... Even HQ pon tak cerewet cam kau...Dah bertahun HQ terima dokumen yg sma setiap bulan takda plak HQ request nak ada letterhead laa nak yg original laa...
Ingt org kat cni nak melayan karenah ko je ke????

Pagi2 jumaat buat aku panas hati je.. Tolong laa jgn buat perangai cam kambingg...Menguji kesabaran btol dgn perangai sekelilig org nih...
Huwaaaaaaarrggghh!!! tensionn!!!