BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 5, 2012

ULEK MAYANG..

Uishhh gagah btol tulis blog even bdn melayang2 kepala berpinar2.. Actually taid aku dngr lagu Asmaradana dekat Utube.. Syok gile tgk Si Tiara Jaq tu menari, lagu dia pon best gak sbnrnya. Aku try nk cari cite Puteri Gunung Ledang, tapi tak jumpa.. Hampa ok.. Last2 terjumpa lagu mayang ulek ni.. perrrghhh mmg lagu dia meremang bulu roma, lgi2 yg last part tu.. Secara basic aku mmg tau Ulek Mayang ni berasal dari Terengganu.


So aku try search kat google, infonya tak banyak kat wikipedia. Tapi kat sini boleh laa aku share ngan Cik mun, nama kau gak kene mentionkan..hehe..

Dekat Wiki ni mengatakan, Ulek Mayang ni adalah sejenis tarian tradisional melayu berasal dari t'ganu. Asal usul lagenda Ulik Mayang ni menurut slh satu sumber, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yg dilakukan oleh seorg tok bomoh keatas seorang nelayan yg dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yg terlah jatuh cinta dengan si pelayan itu. Percubaan tok bomoh itu, untuk membawa pulang roh nelayan itu menyebabkn puteri itu telah menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan tok bomoh itu.

Perlawanan antara tok bomoh dan keenam2 puteri itu berlanjutan sehinggalah puteri ketujuh dan yg paling sulung muncul. Then si puteri sulung berkata

" ku tahu asal usulmu" juga beliau memerintahkan semua org yg dialognya berbunyi
" yang laut balik ke laut, yang darat balik kedarat".. Jadi kes perebutan nelayan itu berakhir, dan si tok bomoh terhutang budi dan rakan2 nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri. dan upacara ini kekal sampai laa kedatangan islam utk menunjukkan rs terhutang budi terhadap semangat2 laut. Part yg ni pon ada termsk dalam lirik lagu dia..

Lagu ini didatangi dgn tarian, ada pihak juga mndakwa lagu n tarian ini punyai semangat. Sejauh mana kebenarannya WAllahhualam. LAgi satu pon mcm tarian makyong n kuda kepang. Orang kata tarian mcm tu punyai semangtnya yg tersendiri, tapi kalau terlalu taksub tu yg kene rasuk kot.. Itu pd pendapat aku laa. Sbb tu kita sebg org islam tak boleh terlampau taksub dgn sesuatu bnda, cukup laa sekadar menghayati secara berpada-pada..

Tapi best jugak kalau dpt mengkaji ulek mayang ni. hehehe.. tetiba mood search kat google tak berhenti2 .. hahahaha.. tp lagi best kalau dpt p t'ganu then cari org2 kg yg mmg tau pasal Ulek Mayang ni.. Eh taksub nmpk cik aju.. ngeeeee

Lirik Lagu Ulek Mayang ;

Uek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang di ulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju seroang
puteri empat bersanggol sendeng
puteri empat bersubang gading
puteri empat berselendang kuning
umbok mayang diumbok
umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
puteri enam bersanggol sendeng
puteri enam bersubang gading
puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
puteri tujuh bersanggol sendeng
puteri tujuh bersubang gading
puteri tujuh berselendang kuning
umbok mayang diumbok
umbok dengan jala jemala
nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asalusulmu
yang laut balik kelaut
yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ko umbok
umbok dengan jala jemala
pulih mayang ku pulih
pulih dengan sedia kala..

Tetiba rasa rugi dibesarkn kat N9, kenapa tak lahir kat terengganu dimana famili aku mewarisi tarian ni dgn tahu asal usul segala sejarah ulek mayang ni..hehehe.. Ish mana bole rasa rugi or menyesal dgn apa yg aku ada skrg.
So even org kata puteri gunung ledang, hikayat merong mahawangsa dan juga puteri santubong puteri sejinjang atau makyong atau ulek mayang n kuda kepang hanyalaa mitos only, tapi bila tgk2 balik mitos tu laa jd warna dalam masyrakat melayu ni. Mitos2 itu gak laa jdi sumber bahawa melayu boleh dikenali serata dunia kalau kita berjaya mnjdikan nya 1 daya tarikan.

Cewaahhh.. menulis tak hengat.. k lah .. kalo2 ada yg tau lebih detail pasal ulek mayang tu just share ok..

peacee yawww...

0 comments: